"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Perak Keshvinder keluar kerana ‘tak cukup duit’, kecewa DAP

SUBANG JAYA, 15 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar Keshvinder Singh — wakil rakyat DAP kedua dari Perak keluar parti atas alasan “tidak cukup peruntukan” dan kecewa dengan kepimpinan DAP.

Mengumumkan pendiriannya di sini tengah hari ini, Keshvinder berkata beliau keluar DAP atas alasan mahu berkorban demi kepentingan rakyat.

Justeru Adun penggal pertama ini mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional.

“Saya Keshvinder Singh, Adun Malim Nawar mengumumkan bahawa saya keluar dari DAP dan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengisytiharkan bahawa mulai hari ini, saya menjadi Adun Bebas,” katanya.

Kata Keshvinder, bagi menjaga kepentingan rakyat di kawasannya dan bagi menjamin pembangunan yang berterusan, “saya membuat keputusan, memilih untuk menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.”

“Keputusan ini pengorbanan saya kepada rakyat kawasan saya kerana saya sedar saya bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan dari pelbagai pihak tetapi demi kepentingan, kesejahteraan dan masa depan rakyat saya memilih untuk rakyat Malaysia.”

Awal tahun lalu tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mereka termasuklah Adun Jelapang Datuk Hee Yit yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: