"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Mahkamah dengar permohonan untuk bukti

Kes kontroversial liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Mahkamah Tinggi memndengar permohonan ketua pembangkang itu bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang terlibat.

Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu yang menuntut agar pihak pembelaan dibenar melihat semua nota klinikal, laporan, bahan, spesismen dan perkara lain yang berkaitan yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan.

Mer
eka juga mendesak supaya sejarah perubatan yang lengkap pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika pemeriksaan di HKL dibekalkan kepada pihak pembelaan.

Selain itu, peguam-peguam Anwar juga mahu pihak pendakwaan menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

Pihak pembelaan juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembelaan, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembelaan akan terjejas tanpa dokumen berkenaan.

Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwaan membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum permulaan perbicaraan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak perlu untuk berbuat demikian kerana pihak pembelaan boleh mengemukakan supaya bukti-bukti iyu diserahkan semasa perbicaraan.

Tiada ulasan: