"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib bertegas tiada lesen judi kepada Ascot Sports

Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, 15 Jun
– Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.

“Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini.

“Tidak, lesen bukannya isu (sekarang),” kata beliau kepada wartawan diJabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan di sini.

Menteri Kewangan kelihatan cuba mengelak mengulas isu lesen pertaruhan selepas Kumpulan Berjaya menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia mengesahkan bahawa Perbendaraan telah mengeluarkan lesen kepada Ascot Sports.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Najib menegaskan pendiriannya ini ketika parti-parti politik – Pakatan Rakyat, pertubuhan bukan kerajaan dan Umno Johor membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan.

“Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan kepada pengeluaran semula lesen kepada Ascot Sports untuk mengendalikan operasi pertaruhan sukan berdasarkan beberapa syarat dan peraturan,” katanya.

Pada 7 Jun lalu, Najib berkata kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

“Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) di Dewan Rakyat.

Tian Chua ingin tahu apakah asas keputusan kabinet menarik balik lesen judi pada tahun 2004 dan keputusan itu diubah tahun ini.

Tiada ulasan: