Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Perak....17 Jun 2010.....Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tertarik dengan beberapa ulasan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di dalam menafikan krisis dalamannya yang menyebabkan ketidakpuasan hati kepimpinan Umno Bahagian di Negeri Perak di atas kepimpinannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak yang jelas berlaku terutama pada Mesyuarat Umno Perak pada hari Jumaat (11 Jun 2010) yang lalu.
Ketua Umno Bahagian Bagan Datok yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno sudah tentu tidak meyakinkannya untuk hadir kerana ketidakmampuan kepimpinan Datuk Seri Zambry. Ini terbukti dengan Majlis Perasmian Persidangan Umno Bahagian Badan Datok pada 20 Jun 2010 ini yang akan di rasmikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, Presiden Umno dan bukannya Datuk Seri Zambry.
Jelas kelihatan juga semasa merasmikan Persidangan Serentak Umno Cawangan seluruh Perak oleh Datuk Zahid yang secara terang-terangan menghentam kepimpinan Datuk Seri Zambry. Malah Datuk Seri Zahid juga telah meninggalkan majlis semasa Datuk Zambry akan berucap selepas taklimat oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak ketika itu.
Dengan isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) ini akan mengurangkan sedikit tekanan yang di terima oleh Datuk Seri Zambry. Isu ini yang telah menyelamatkan kariernya sekarang kerana telah berjaya dengan pertambahan ADUN Bebas kini. Tetapi bukan halangan bagi ADUN Umno yang masih kecewa terhadap kepimpinan Datuk Seri Zambry melakukan perkara yang tidak mustahil jika Umno Perak tidak bertukar kepimpinannya.
Bagi DPPN Pk, kami merasakan bahawa Umno Perak perlukan nafas baru bagi memimpin mereka di tambah dengan lemahnya kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak. Di lihat juga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia terpaksa turun padang ke Perak bagi menyelesaikan kemelut pergerakan Wanita Umno Perak dan menyatukan semula hubungan Datuk Rusnah Kassim, Ketua Pergerakan Umno Negeri Perak dan Datuk Hamidah Osman, Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia semasa majlis pelancaran Skuad Sayang Wanita UMNO Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini (14 Jun 2010).
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan