“Perdana menteri menjawab bahawa kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4,500 juta, termasuk kos membina 'casting yard' oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Liew, maklumat berkenaan tidak benar kerana kos yang disebutkan selama ini dalam media massa dan juga di kalangan kerajaan adalah RM4.3 bilion dan kos pembinaan 'casting yard' tidak patut dimasuk ke dalam kos keseluruhan.
“Isu kos pembinaan amat penting memandangkan pengguna jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang terpaksa menanggung kos ini dengan (membayar) kadar tol yang tinggi.
“Con
Menurut Liew, beliau merujuk kepada satu laporan bertajuk“Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review” oleh firma perunding Zaidun-Leeng yang mencadangkan bahawa harga yang wajar atau 'fair price' untuk jambatan kedua adalah RM4.3 bilion.
“Laporan tersebut disediakan pada bulan Julai 2008 semasa harga minyak dan harga bahan bina sedunia memuncak ke tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini. Kos pembinaan sekarang seharusnya berkurangan,” katanya.
Liew berkata laporan firma perunding Zidun-Leeng juga menyoal kos UEM yang didakwa terlalu tinggi.
Kat
“Contohnya, UEM mencadangkan untuk membiayai RM20 juta untuk majlis keraian. Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukan RM20 juta?” soal Liew.
Kata MP Bukit Bendera dari DAP itu lagi, UEM juga meminta 'HQ overhead and support' sebanyak RM63.51 juta yang didakwanya agak terlampau.
“Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibupejabat yang begitu tinggi.”
Justeru, Liew berkata kerajaan pusat perlu mengkaji semula syarat-syarat yang tidak munasabah supaya rakyat Pulau Pinang tidak dibebankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan