"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno Kedah desak pusat tidak sambung lesen judi sukan

ALOR STAR, 19 Jun: Badan Perhubungan Umno Kedah mendesak kerajaan supaya tidak menyambung pemberian lesen menjalankan operasi pertaruhan judi bola sepak di negara ini.

“Tindakan menyambung lesen perjudian itu hanya memberi kesan negatif terhadap institusi keluarga, masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini.

Dipetik Bernama, beliau berkata, kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil pendirian yang tegas mencegah orang Islam daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Alor Star di sini.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Ahad lalu, Umno Johor juga menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini.

“Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan.

“Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu,” katanya.

Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini.

Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Tiada ulasan: