Isu kewujudan militan di bumi Mesir semakin dipanaskan, tambahan pula perencahnya ditambah oleh seorang kakitangan kerajaan yang bernama Khairi. Maka, saya mencabar Dato Seri Jamil Khir Baharom untuk buktikan dua perkara :
1. Buktikan kewujudan militan di Mesir, kemudian...
2. Buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap dalam pemikiran mahasiswa di Mesir
Sebelum ini, beliau berapi-api menyatakan di dalam akhbar kewujudan militan di Mesir dan bahayanya kerana boleh mempengaruhi mahasiswa di sini. Beliau menambah lagi bahawa “pegawai-pegawai” yang dihantar ke Mesir mampu mengawal dan memastikan perkara ini tidak berlaku.
Di dalam sebuah kenyataan yang disiarkan di akhbar 17 Jun :
"Di Mesir terdapat hampir 6,000 pelajar kita yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang terutama agama dan perubatan, sudah tentu mereka terdedah dengan pelbagai aliran dan fahaman perjuangan serta pergerakan atas nama Islam."Namun, kita mempunyai pegawai-pegawai yang sentiasa mengawasi dan berkerjasama dengan pelbagai pihak agar pelajar kita tidak terlibat dengan sebarang gerakan yang melampau," katanya.
Beliau berkata lagi :
Beliau diminta mengulas kebimbangan kemungkinan para pelajar terutama yang mengikuti pengajian di beberapa negara terutama Mesir, Jordan dan Syria terpengaruh dengan pergerakan ekstrem termasuk kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).
Saya mencabar beliau, sekiranya benar kenyataan ini dibuatkan berdasarkan bukti, silakan untuk membuktikan kedua-dua bukti tadi. Bertambah parah apabila kakitangan kerajaan di Mesir yang bernama Khairi, telah mendakwa bahawa Ikhwanul Muslimin adalah nama lama bagi JI. Beliau menulisnya di dalam Facebook beliau.
Khairi Jalalluddin : Jihad yang sering disalah ertikan oleh puak militan JI atau nama lamanya Ikhwan Muslimin. (17 Jun, 11.04 pm)
Tuduhan-tuduhan mengarut seperti ini perlu dibersihkan. Sila buktikan kewujudan militan di Mesir, sila buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap pemikiran Melayu di Mesir dan sila buktikan Ikhwanul Muslimin itu adalah nama lama bagi JI.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan