"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.
-malaysiakini-

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

Itu sebabnya tidak keterlaluan jika kita mengatakan dalam 26 juta rakyat malaysia hanya ada segelintir sahaja manusia yang berjiwa pejuang seperti Anuar Ibrahim... Zaid kena faham bahawa sumbangan orang2 berilmu sepertinya amat diperlukan dalam perjuangan Pakatan yang baru berusia setahun jagung. Memang banyak masalah yang perlu diperbetulkan dalam Pakatan kerana Zaid kena faham bahawa orang2 yang didalam Pakatan itu sendiri adalah orang2 yang telah dididik secara songsang dalam berpolitik oleh umgok termasuk beliau sendiri. Jadi kalau zaid mengharapkan sesuatu yang drastik dari Pakatan dengan segala macam pengkhianatan dan sabotaj dari umgok laknatullah beliau silap. Beliau bukanlah seorang yang berperinsip atau fahan dengan apa yang diperjuangkan.. beliau sebenarnya masih lagi tidak ikhlas 100% dalam perjuangan dan mungkin dalam hati kecil zaid, beliau masih lagi berharap sesuatu yang peribadi dalam perjuangannya biarpun dalam bentuk sanjungan atau pujian dari ahli parti.

Zaid sepatutnya berfikir dengan ilmu yang ada padanya bagaimana untuk mengatasi masalah dalam Pakatan yang mana beliau sendiri sedar dan tahu masalah yang melanda itu seperti yang beliau sebutkan.

Susahlah kalau semua pemimpin nak merajuk... senang sangat nak berasa hati dan kecil hati bila sesuatu perkara berlaku tidak mengikut apa yang diharapkan. Beliau sepatutnya memandu dan merancang hasil untuk beliau dan Pakatan perolehi dalam konteks rakyat.

Ini sikit2 merajuk, sikit2 merajuk dan cari publisiti, buat kenyataan keluar parti, tetapi dalam masa yang sama buat kenyataan akan terus berjuang demi perinsip. Ini semua kata2 kekecewaan dari seorang pejuang yang telah putus asa yang akan merosakkan orang lain. Zaid telah membuka peluang kepada musuh Pakatan untuk bertindak dan dalam masa yang sama zaid dapat memuaskan hati dan melepaskan sakit hatinya melalui cara itu... tanyalah hati kecil sendiri zaid.. betulkan... kamu lemah zaid.

Zaid pun nampaknya mempunyai mentaliti yang setaraf dengan rakyat biasa... mungkin sedikit atas tetapi tidak cukup untuk membawa aspirasi perjuangan untuk menentang kezaliman yang telah bertapak dalam negara ini selama 53 tahun.

berfikirlah guna otak yang Allah beri bukannya guna kepala lutut wahai Zaid Ibni Ibrahim..

Hanya perjuangan kerana Allah S.W.T dan AgamaNya sahaja mampu bertahan kerana perjuang itu diasaskan oleh Keimanan kepada Allah S.W.T. bukan kerana manusia dan nafsu sendiri.. ALLAH HUAKBAR!!!