"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya di sebalik segala-galanya, kata Azmin

Naib presiden PKR Azmin Ali enggan mengulas spekulasi bahawa beliau terlibat dalam beberapa penyelewengan dalam proses pemilihan PKR yang sedang berlangsung sehingga menyebabkan pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.zaid azmin pkr party election 220910Ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut, beliau secara berjenaka berkata berkata bahawa "malangnya saya adalah (dalang) di sebalik segala-galanya."

Bercakap selepas sesi pembentangan bajet 2011 di bangunan DUN Selangor hari ini, Azmin berkata beliau menyerahkan kepada setiausaha agung Saifuddin Nasution dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat supaya menyiasat dakwaan-dakwaan berkenaan.

"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk membuat apa-apa komen berkenaan hal itu, dan saya percaya setiausaha agung telah membuat satu kenyataan keras semalam untuk menjelaskan keadaan itu.

"Demi kebaikan keseluruhan proses (pemilihan) ini, saya rasa kita patut benarkan setiausaha agung dan JPP untuk menyiasat aduan ini dan bertindak sewajarnya," katanya lagi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: