"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ADUN Sri Muda Mengaku Tidak Bersalah


SHAH ALAM, 7 FEB: Mahkamah Sesyen di sini pagi ini menyaksikan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan yang didakwa ke atasnya.

Shuhaimi dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, Shuhaimi, 42, berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".

Di luar perkarangan mahkamah kelihatan para penyokongnya hadir memberikan sokongan. Mereka berhimpun secara aman.

Polis sebelum ini mengeluarkan amaran agar penyokong wakil rakyat penggal pertama PKR itu tidak mengadakan perhimpunan pada pagi ini.
-tvsnews-

Tiada ulasan: