"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hikmah Disebalik Kekalahan


Cikgu Mala
Sebenarnya banyak yang positif berlaku dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Ia memberi persepsi bahawa PAS mendapat dokongan kalangan muda yang terpelajar, mempunyai minda terbuka dan sentiasa berlapang dada berbanding dengan calon Umno-BN yang dipilih bukan dari kalangan pimpinan Umno tempatan kawasan itu.
Siapakah calon Umno-BN di Tenang dalam pilihanraya umum akan datang? Mungkin calon yang sama yang telah memenangi pilihanraya kecil, tetapi ia tentu tidak disenangi banyak pihak dikalangan pimpinan bahagian yang merasakan mereka juga layak.
Kemenangan Umno-BN diTenang memang dijangkakan seperti juga dalam pilihanraya kecil Dun Galas di Kelantan sebelumnya. Ia kerana kawasan-kawasan itu kubu Umno-BN dan dengan menguasai seluruh media dengan saluran TV-nya, maka kemenangan itu tidak bolehlah dibanggakan sangat.
Kemenangan Umno-BN di beberapa pilihanraya kecil tidak bererti PAS tidak mampu mengganti Umno. PAS mampu dan berupaya menggantikan Umno dan slogan keramat ‘PAS ganti Umno’ memerlukan penghayatan yang lebih segar dari seluruh pendokong PAS dari pimpinan tertingginya sehinggalah kepada pendokong dan aktivis parti diperingkat akar umbi.
Di kawasan-kawasan PAS dan Pakatan, kemenangan berpihak kepada PAS dan Pakatan dalam pilihanraya kecil dan keputusan pilihanraya kecil dikubu Umno-BN langsung tidak memperlihatkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat kehilangan pengaruhnya. Pengaruh PAS dan Pakatan terus kukuh dan kental.
Kekalahan di Dun Tenang hendaklah diterima dengan berlapang dada kerana ia adalah suatu hikmah mengajak PAS dan Pakatan bermuhasabah diri dan melangkah dengan lebih berani dengan menyusun taktik, strategi yang lebih bersepadu untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke-13 nanti.
Pilihanraya dinegara ini sentiasa berlangsung dalam padang yang tidak samarata. Antaranya wujudnya elemen undi pos;SPR yang tidak bebas sepenuhnya;pembawaan peti-peti undi dari tempat mengundi ke tempat pengiraan tidak dikawalselia dengan baik apalagi dalam pilihnraya kecil Dun Tenang berlaku banjir kilat;pertukaran tempat pengundian dan lain-lain ;semuanya tidak memperlihatkan ia pilihanraya yang adil dan saksama.
PAS dan Pakatan Rakyat perlu mendesak SPR membenarkan pemerhati antarabangsa membuat pemerhatian dalam pilihanraya ke-13 nanti bagi menentukan satu pilihanraya yang demokratik dan adil dengan meminimakan elemen-elemen yang boleh membawa kepada penyelewengan dalam pilihanraya.-/ Cikgu Mala

Tiada ulasan: