"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib Temui 63 ADUN Sarawak, Petanda Pilihanraya Makin Hampir


MIRI, 6 FEB:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri dari Ranum Mina yang merupakan Adun Opar, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Pertemuan ini pastinya merancakkan desas-desus pilihanraya di Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat yang tempoh penggalnya bakal berakhir Julai ini.

Pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Anggota Parlimen Barisan Nasional di Kuala Lumpur 8 Januari lepas.
-tvsnews-

Tiada ulasan: