"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar Malaysia : Berkawal 24 Jam Elak Asrama Diceroboh

SEPANG, 6 FEB: Berkawal selama 24 jam secara bergilir dengan dibantu jiran berbangsa Arab telah dapat menyelamatkan pelajar Malaysia daripada kejadian menceroboh yang dilakukan oleh rakyat Mesir berikutan keadaan kucar-kacir di negara berkenaan.

Pelajar tahun lima jurusan perubatan Universiti Zargazig, Aizuddin Hidrus,23, dari Kota Kinabalu, Sabah menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang lima tahun berada di Mesir.

Katanya mereka perlu berkawal dengan senjata seperti parang dan kayu sejakhari kedua kejadian rusuhan itu berikutan di kawasan asrama mereka iaitu Rumah Sabah, terdapat 10 orang penduduk yang cuba melakukan rompakan.

"Ini kerana keadaan yang berbahaya berikutan terdapat penduduk yangmengambil peluang untuk melakukan rompakan, maka kami perlu bersedia bersama senjata seperti parang," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Aizuddin, pemimpin pelajar bagi kumpulan pertama pelajar Sabah seramai 49 orang, termasuk tiga dari Sarawak, merupakan kumpulan yang ditanggung kerajaan negeri Sabah untuk dibawa pulang berikutan krisis di Mesir.

Mereka tiba pada 8.40 pagi tadi dengan pesawat Qatar Airways dan transit di KLIA sebelum berlepas pulang ke Kota Kinabalu, secara berperingkat dengan penerbangan pertama pada 12 tengahari ini.
-tvsnews-

Tiada ulasan: