"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cuti Mingguan Pada Hari Jumaat,Kenapa Jadi Bodoh?

adie79
keutamaan hari jumaatSaya ingin memulakan artikel ini dengan terjahan supaya semua pembaca tersentak dari lamunan yang memanjang. Mungkin ianya agak remeh bagi sesetengah orang. Namun bagi saya ianya sangat besar dan penting jika kita mengaku kita sebagai orang Islam, yang mengaku bertuhankan Allah SWT dan bernabikan Muhammad SAW. 

Jika kita melihat realiti pada hari ini di Malaysia, maka kita akan dapati cuti mingguan di negara kita terdiri daripada 2 pembahagian lokasi yang berbeza. Maksud saya, jika membuka kalendar sekolah atau takwim persekolahan contohnya, maka kita akan dapati 2 kategori kumpulan negeri dalam cuti mingguan yang berbeza. Kumpulan A ialah Kelantan, Kedah dan Terengganu. Manakala Kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Persoalannya, kenapakah pembahagian ini berlaku? Sejak bilakah ianya berlaku? Apakah ianya berlaku semenjak termeterainya Perjanjian Burney pada tahun 1826 atau Perjanjian Pangkor pada tahun 1874?

Perkara kecil pada zahir ini sebenarnya member kesan yang sangat besar kepada umat Muhammad SAW secara tidak sedar. Sedangkan formula devide and rule inilah yang telah menjahanamkan sistem kemanusiaan dalam diri umat Islam seterusnya menjadikan  mereka dengan begitu mudah menerima segala najis dan saki baki sampah sarap serta benda-benda karut ciptaan penjajah hingga ke hari ini.

Kenapa umat Islam harus cuti umum dalam keadaan yang berbeza setelah Malaysia mencapai kemerdekaan hampir 60 tahun yang lalu? Di manakah sebenarnya kita dengan penghayatan agama Islam yang kononnya termaktub sebagai agama rasmi persekutuan? Apakah kita sebagai umat tidak menyedari bahawa Jumaat merupakan hari istimewa bagi umat Muhammad SAW? Kenapa kita menjadi bodoh, buta mata hati dan jahil dengan keadaan ini? Kita yang kononya mengaku umat Islam seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga, membiarkan kejahilan yang berlapis-lapis mewarnai dan mempusakai sejak turun temurun yang lalu tanpa apa–apa perubahan? Apakah nilainya kita membaca AlQuran sedangkan perkara asas seperti ini kita menjadi bodoh?Sedangkan dalam AlQuran Allah SWT telah gazet secara khusus satu surah umtuk umat Muhammad SAW, iaitu Surah Jumaat.

Memanglah tidak terdapat dalam AlQuran atau Hadith atau mana-mana kitab ulama yang mewajibkan cuti pada hari Jumaat. Tetapi persoalannya kenapa negeri-negeri Kumpulan B tadi memilih hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti mingguan? Budaya atau pusaka mana yang ditiru kalau bukan daripada penjajah? Kita mengutuk Israel yang membunuh Palestin, tetapi dalam masa yang sama kita meniru cuti mingguan mereka, iaitu Sabtu dan Ahad. Begitu munafiknya kita dalam bab ini sebenarnya. Sedangkan dalam ayat terakhir surah AlFatihah yang dibaca 17 kali setiap hari dalam solat 5 waktu itu, kita memohon supaya Allah SWT mengurniakan kepada kita jalan yang benar, iaitu jalan yang Dia telah mengurniakan nikmat terdiri daripada Anbia, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin. Bukan jalan yang Allah murka dan bukan pula jalan yang sesat. Ahli tafsir menyebut jalan yang dimurkai itu ialah JALAN YAHUDI dan jalan yang sesat itu ialah JALAN NASARA atau KRISTIAN. Soalnya, Sabtu dan Ahad jalan mana? Bukankah itu jalan mereka? Kenapa jadi bodoh?

Sekiranya mahu bekerja, maka Islam membenarkan umatnya bekerja 7 hari seminggu termasuklah hari Jumaat. Tetapi umat Islam wajib solat Jumaat. Itu jika kita mahu bercakap pasal kerja. Tetapi kalau mahu bercakap pasal cuti mingguan, maka kita semestinya cuti hari Jumaat kerana kita adalah orang Islam. Bukannya kita Yahudi atau Kristian!

Jika kita ke Thailand, maka cuti mingguannya Sabtu dan Ahad. Begitu juga jika ke Singapura dan Filipina. Sama juga dengan Indonesia. Semuanya Sabtu dan Ahad. Nampaknya negeri Kumpulan B juga sama cuti dengan mereka. Bilakah mahu berubah wahai pemimpin-pemimpin yang mengaku beragama Islam?Saban tahun umat Islam menunaikan haji ke Mekah. Tetapi nampaknya pemikiran masih bodoh dan jahil dalam persoalan cuti ini. Arab Saudi cuti mingguannya ialah pada hari Khamis dan Jumaat. Kenapa tidak tiru?

Paling kurang pun, kita patut memilih cuti Jumaat dan Sabtu sebagaimana negeri Kumpulan A tadi. Oleh kerana kita mengagungkan cuti kaum Bani Israel dan Nasara iaitu pada hari Sabtu dan Ahad dan kita bekerja pada hari Jumaat, maka kita dapati ramai manusia lalai daripada tanggungjawabnya menunaikan solat jumaat dan mendengar 2 khutbah. Sedangkan pahala pada hari Jumaat adalah berdasarkan kepada 5 tahap sebagaimana yang telah dinukilkan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah RA,bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seumpama mandi janabah(iaitu mandi penuh), kemudian dia pergi ke masjid, maka seumpama dia mendapat(pahala) seekor unta. Kemudian peringkat kedua seumpama (pahala)seekor lembu. Kemudian peringkat ketiga seumpama (pahala)kibas yang bertanduk. Kemudian peringkat keempat seumpama (pahala)ayam betina. Kemudian peringkat kelima seumpama(pahala)telur ayam. Apabila imam menaiki mimbar, maka malaikat (menutup buku catatan kehadiran dan terus ke mimbar )untuk mendengar khutbah P- HADIS SAHIH BUKHARI MUSLIM 

Saya tidak tahu siapakah yang patut bertanggungjawab untuk kembalikan semula kegemilangan Jumaat ini yang merupakan penghulu segala hari yang lebih mulia daripada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Jika tidak menunaikan solat kedua-dua hari raya tersebut, maka hilanglah fadhilatnya. Tetapi jika tidak menunaikan solat Jumaat, maka umat Islam akan berhadapan dengan kecelakaan di alam barzakh dan akhirat.

Jika mana-mana pakar perundangan boleh merungkai dan menjawab soalan mudah ini, saya mempersilakan mereka menjawabnya. Soalan mudah itu ialah :UNTUK MENGUBAH CUTI TERSEBUT KEPADA JUMAAT, MAKA SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB? KERAJAAN NEGERI ATAU KERAJAAN PERSEKUTUAN? ADAKAH PERLU KEPADA PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI ATAU PERLU KEPADA PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN? ATAU TIDAK PERLU KEPADA PINDAAN DAN HANYA PERLU ISTIHARKAN SAHAJA? YANG MANA SATU DIPERLUKAN? Jawablah atau sms ke0139370061. 

Saya bertanggungjawab mengemukakan persoalan ini kerana tidak mahu kita terus menerus menjadi munafik dengan mengutuk Yahudi dan Nasrani setiap kali AlFatihah dalam solat, tetapi kita memakan najisnya secara tidak sedar di luar solat!

Tiada ulasan: