"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

17 ditangkap di pejabat PAS Jasin

Ahmad Danial
JASIN, 3 Julai: Seramai 17 orang pemimpin dan ahli PAS Jasin ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk disoal siasat.

Mereka ditahan di Pejabat PAS Kawasan Jasin kira-kira jam 2.15 petang tadi.
Sehingga jam 5.00 petang tadi kesemua mereka masih disoal siasat berkaitan rampasan baju Bersih 2.0.

Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi dan beberapa ahli PAS Jasin.

Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Selain itu, pihak polis yang berjumlah 30 orang yang kesemua tidak beruniform merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.

Beberapa orang lagi polis yang beruniform menunggu di luar.

Selain itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat.

Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil.

Tiada ulasan: