"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersih 2.0: Penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun cetus semangat anak muda

awang_ja
Bermula dengan sebaran sms berita penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun pada 620 petang, Balai Polis Dungun terus menerima kedatangan bertali arus pemuda-pemuda Dungun yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada Sheikh Hanafi.Turut awal berada di situ ialah ADUN Sura yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Wan Hassan Md Ramli. 

Mereka juga bersolat Maghrib dan Sunat Hajat secara berjemaah di hadapan pintu pagar Balai Polis Dungun yang diimamkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Saiful Bahri Mamat

Penahanan beliau adalah sebahagian daripada tindakan provokasi polis menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Bermula dengan tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian milik Ketua Pemuda PAS Dungun itu.
Pihak SB dikesan berpakaian kemeja berlengan pendek yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun bagi mengelabui orang ramai.Suasana tegang antara Ketua Polis Dungun dan Ketua Pemuda PAS Dungun sempat dirakam oleh lensa Team IT Pemuda Dun Sura dimana Saudara Sheikh Hanafi meminta penjelasan polis atas tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian itu.

Ketika itulah pihak SB mengarahkan tangkapan dibuat dan Sheikh Hanafi dimasukkan ke kereta polis menuju ke Balai Polis Dungun kira-kira jam 615 petang.Tangkapan dibuat ketika lalu lintas agak sesak akibat Pasar Malam Sura Gate yang beroperasi di tapak berhadapan dengan rumah Sheikh Hanafi.

Bermulalah sebaran sms dan hadapan Balai Polis Dungun begitu cepat dipenuhi anak-anak muda bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Pemuda PAS Dungun itu.Himpunan aman ini terus dikunjungi pemuda-pemuda termasuk dari Dun Bukit Besi dan Dun Paka.

Setelah diambil kenyataan dan ditahan selama 3 jam, saudara Sheikh Hanafi dibebaskan pada jam 9.10 malam.Pembebasan beliau disambut laungan takbir dari orang ramai yang menunggu sejak petang lagi.

klik DI SINI untuk gambar-gambar di tempat kejadian & himpunan aman hadapan Balai Polis Dungun

Tiada ulasan: