"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cara baharu pindah buah pinggang


PCMC adalah hospital kedua di Asia Tenggara yang berjaya melakukan pemindahan buah pinggang daripada kumpulan darah yang berbeza.

KUALA LUMPUR: Kumpulan darah yang lain antara penderma dan pesakit bukan lagi penghalang kepada pembedahan pemindahan buah pinggang. Ini terbukti apabila buat pertama kali dalam sejarah negara, dua pesakit buah pinggang kronik berjaya melakukan pemindahan organ tersebut bulan lalu daripada isteri masing-masing selaku penderma walaupun mereka bukan dalam kumpulan darah yang sama.
Kejayaan yang memberi harapan baru kepada hampir 14,000 pesakit buah pinggang itu dilakukan oleh sepasukan pakar Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) di sini menerusi pembedahan yang dikenali sebagai ‘ABO Incompatible Transplant,’ dengan bakos kira-kira RM150,000 setiap seorang. Dalam pembedahan itu, dua pesakit lelaki, Lee Leong Kim, 55, dan warga Filipina, Geland Reyes Gonzalodo, 32. yang mempunyai darah kumpulan O Positif menerima buah pinggang daripada isteri masing-masing yang mempunyai kumpulan darah B Positif. Perunding dan Ketua Jabatan Nephrologi PCMC, Datuk Dr. Tan Si Yen berkata, masalah yang dikenali sebagai ketidakserasian ABO kini dapat diatasi menerusi kaedah membuang antibodi dalam darah sebelum pemindahan organ dilakukan.
-kosmo-

1 ulasan:

Teroka berkata...

Syukur pada Allah...