"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rampasan kokain bernilai RM2.14 bilion

Reuters
PASUKAN keselamatan Bolivia melakukan pemeriksaan susulan penemuan dadah berkenaan. FOTO Reuters
PASUKAN keselamatan Bolivia melakukan pemeriksaan susulan penemuan dadah berkenaan. FOTO Reuters
Sucre: Polis Bolivia merampas lebih 7.2 tan kokain untuk dihantar ke Belgium yang bernilai hampir setengah bilion dolar Amerika Amerika Syarikat (AS).

Kejayaan polis itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Bolivia, baru-baru ini.

Ia susulan operasi dijalankan di kawasan tanah tinggi Bolivia iaitu di Pisiga, di sempadan Chile.

Dadah itu disembunyikan dalam dua trak yang mengangkut besi buruk untuk dieksport ke Eropah, melalui pelabuhan Chile.

"Jika kita mengambil kira harga bahan terkawal ini di negara destinasi, kita bercakap mengenai kesan terhadap pengedaran dadah lebih daripada AS$451 juta (kira-kira RM2.14 bilion)," kata Menteri Dalam Negeri Eduardo del Castillo pada sidang media, Isnin lalu.

Del Castillo melaporkan bahawa pengedar dadah itu sempat melarikan diri dari negara itu ke AS, yang dipersalahkannya atas maklumat dibocorkan dari pejabat pendakwa raya kepada media.

Pada Januari lalu, polis Bolivia menjalankan operasi antidadah terbesar di negara itu dengan merampas lebih lapan tan kokain, juga di sempadan Chile.

Bolivia adalah salah satu pengeluar utama koka di dunia iaitu bahan mentah yang digunakan untuk membuat kokain.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) mencatatkan peningkatan ketara dalam penghantaran dadah dari negara di selatan Amerika Selatan, yang kebiasaannya untuk ke Eropah.
-hmetro 

Tiada ulasan: