"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Patutlah walaun melompat panas, ada arahan ini rupanya

Harapandaily

Walaun dilihat ‘melompat kepanasan’ ekoran arahan pemeriksaan berkanun ke atas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI).

Pemeriksaan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia itu terhadap ketiga-tiga institusi pendidikan yang merupakan entiti Pas di seluruh Semenanjung dan Labuan.

Tindakan itu susulan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mac lalu yang membangkitkan isu pekerja-pekerja di Pasti, SIRI dan SMITI yang dibayar gaji rendah dari kadar gaji yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum 2022.

Turut dibangkitkan juga adalah berkaitan pekerja-pekerja yang tidak dicarum KWSP dan Perkeso, memetik memo yang tersebar di media sosial itu.

Semalam, Kementerian Sumber Manusia di Dewan Rakyat menegaskan bahawa kerajaan berpendirian tegas bahawa pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.

Menterinya, Steven Sim berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan, termasuk parti politik jika berlaku perlanggaran hak pekerja.

Sementara itu, laman X, Henti Tindas Guru Pasti menyenaraikan 16 isu berkaitan ‘tadika’ Pas tersebut.

Pasti yang sudah beroperasi puluhan tahun juga mempunyai isu undang-undang, bomba, SSM, ROS, keselamatan, kesihatan, ketelusan dan akaun.

Selain isu gaji, turut diperjuangkan isu cuti, waktu kerja, surat lantikan, kontrak, OT, KWSP dan SOCSO.

“Bukan nak cari salah tapi bukan senang nak urus tadika,” tulis laman itu lagi.

Tiada ulasan: