"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Demi wang RM6.15 juta, pelajar sanggup kaki dipotong

KOSMO!

TAIPEI  – Seorang pelajar universiti di Taiwan dituduh menipu syarikat insurans kerana mendakwa  kakinya perlu dipotong akibat luka yang beku kerana menunggang motosikal pada waktu malam, lapor portal berita VNExpress semalam.

Menurut Biro Siasatan Jenayah (CIB), pelajar dikenali sebagai Chang itu sengaja mendedahkan kakinya pada ketulan ais kering untuk tempoh lama, menyebabkan dia mengalami luka teruk sehingga kakinya perlu dipotong.

Pelajar itu kemudian meminta pampasan daripada lapan polisi insurans berbeza berjumlah NT$41.26 juta (RM6.15 juta)  berikutan kecederaan yang didakwa berlaku ketika dia menunggang motosikalnya dalam kesejukan, lapor Taiwan News.

Bagaimanapun, siasatan mendapati bahawa Chang yang dipengaruhi oleh rakan seuniversiti, Liao mereka-reka cerita tersebut.

Kedua-dua Chang dan Liao didakwa melakukan penipuan dan penyelewengan, kata Pejabat Pendakwa Daerah Taipei.

Menurut dokumen pendakwa raya, pada 26 Januari tahun lalu, Chang dan Liao memperoleh ais kering dan kemudian pergi ke rumah Liao.

Kaki pelajar itu direndamkan dalam baldi ais kering selama lebih 10 jam.

Ia menyebabkan Chang mengalami bengkak di kakinya dan dimasukkan ke hospital dan terpaksa menjalani amputasi. – AGENSI

Tiada ulasan: