"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kapal tangki kimia Korea Selatan terbalik di Jepun, lima kru hilang

BERNAMA-YONHAP

Kapal Keoyoung Sun yang terbalik di perairan barat Jepun. FOTO REUTERS
Tokyo: Lima kru hilang selepas sebuah kapal tangki kimia Korea Selatan terbalik di perairan barat Jepun pada Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pegawai pengawal pantai Jepun.

Pengawal pantai Jepun menerima panggilan kecemasan sekitar 7 pagi apabila kru melaporkan kapal dalam kedudukan condong di perairan berhampiran pulau di bandar Shimonoseki di Wilayah Yamaguchi.

Kapal Keoyoung Sun yang membawa 11 anak kapal terdiri daripada dua warga Korea Selatan, Indonesia (lapan orang) dan seorang rakyat China - enam telah diselamatkan dan lima lagi masih belum ditemukan.

Tiada butiran mengenai warganegara yang diselamatkan serta hilang setakat ini.

Ketika itu kapal berlabuh berikutan ombak yang tinggi dan angin kencang.

Pengawal pantai berkata pesawat dan kapal peronda sedang menjalankan operasi menyelamat.

Tiada ulasan: