Rakyat mahu tindakan tegas diambil terhadap pendatang asing usaha kebun haram
Ilah Hafiz Aziz
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Aktiviti pendatang asing yang dipercayai semakin berleluasa mengusahakan kebun sayur secara haram dengan hampir 1,000 hektar di Johor, menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk negara ini yang majoritinya mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
Mereka berpandangan warga asing tidak sepatutnya dibiarkan melakukan aktiviti itu kerana mereka datang ke Malaysia bukan untuk membantu merancakkan ekonomi negara dengan cara sedemikian.
Seorang warga maya Nash Nasir di Facebook BH, berpendapat, warga asing sepatutnya bekerja di sektor peladangan negara namun sebaliknya melarikan diri dan dibiarkan membuat kebun sebegitu besar.
"Negara kekurangan pekerja asing di sektor perladangan," katanya.
Azm Zma Man pula berkata perbuatan itu berpunca akibat tiada tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang melarikan diri daripada bekerja dalam sektor dibenarkan.
"Sudah jelas warga asing boleh buat sesuka hati mereka di sini. Sudah lari dari perjanjian asal warga asing hanya bekerja dalam sektor pembinaan, perladangan, perkilangan, orang gaji dan sebagainya...Kalau negara lain, mesti akan dikenakan tindakan tegas," katanya.
"Warga asing tidak boleh ada kebun kedai atau kemudahan lain sebab warga asing mesti di bersihkan dari bumi malaysia," kata Emi Saga pula.
Selain itu, terdapat juga kecaman terhadap penguatkuasaan negara yang dilihat membiarkan kumpulan warga asing ini melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
"Di sebalik warga asing ni, adalah pengkhianat negara yg benarkan mereka beroperasi," kata Nour Eija.
"Pihak berkuasa tidur kah atau pejam sebelah mata tengok gang ni," kata Tait Quin.
"3/4 tak ada permit.. Tinggal lebih masa.. Tapi ini Malaysia lah.. Boleh kawtim punya," kata Shook Satuagenda Satuagenda.
"Soalan: Siapa bagi ia tanah utk bercucuk tanam?" kata Amirzua Bin Ahmad Said.
"Mereka dah jadi anak emas pbt dan kerajaan dan dapatlah tanah," kata Lam Sam
Dalam pada itu, ada juga warga maya yang turut mencadangkan kepada BH supaya menyiasat lokasi lain yang mungkin menjalankan aktiviti serupa seperti di Johor.
"Mohon Berita Harian bongkar lokasi lain pula, Cameron Highland, Sekinchan, Johan Setia. Belah Perak pun ada.
"Mana-mana pun rancak mereka buka kebun haram.
"Padanlah mereka suka datang cari kerja sini. Sekejap saja sudah mampu buka kedai runcit, syarikat kontraktor dan ada kebun sayur sendiri," kata Shahrul Nizam pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan