"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Pakistan miliki 108kg gula pasir ditahan

Bernama 
Lelaki warga Pakistan ditahan kerana disyaki menyimpan 108 kilogram (kg) gula pasir tanpa dokumen yang sah. Foto KPDN Sabah
Lelaki warga Pakistan ditahan kerana disyaki menyimpan 108 kilogram (kg) gula pasir tanpa dokumen yang sah. Foto KPDN Sabah
KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga Pakistan ditahan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah kerana disyaki menyimpan 108 kilogram (kg) gula pasir tanpa dokumen yang sah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Georgie Abas berkata, dalam pemeriksaan Ops Tiris jam 10.27 pagi tadi di sebuah taman perumahan di Likas di sini, lelaki itu juga didapati tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan barang kawalan gula pasir itu di tempat tersebut.

"Berdasarkan maklumat awam, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Sabah menjalankan pemeriksaan di taman perumahan itu dan menemukan bekalan gula berkenan di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda parkir di dalam pagar sebuah rumah.

"Sehubungan itu penguat kuasa KPDN Sabah menahan suspek berusia 30 tahun disyaki pemilik untuk siasatan lanjut.

"Gula pasir 108kg dan kenderaan itu kesemuanya bernilai RM50,307.80 telah disita," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. - Bernama

Tiada ulasan: