"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berapa ramai pengkhianat dari kalangan penjawat awam seperti ini?

Pegawai Imigresen hadapi 10 pertuduhan terima suapan

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
RAZALI didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 10 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM7,600. FOTO Azrul Edham
RAZALI didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 10 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM7,600. FOTO Azrul Edham
Seremban: Pegawai Imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 10 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM7,600 sejak 2018 hingga 2022.

Tertuduh, Razali Ahmad, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi sejurus pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 dan KP32 di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen (JIM) Putrajaya, menerima wang berjumlah keseluruhan RM7,600 tanpa balasan daripada seorang lelaki melalui pindahan wang atas talian ke dalam akaun tertuduh.

Tertuduh menerima suapan itu antara RM500 hingga RM1,000 dari 25 Disember 2018 hingga 7 Jun 2022 di sebuah cawangan bank dekat Taman Semarak, Nilai.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rif'ah Izzati Abdul Mutalif menawarkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan dua syarat tambahan.

Peguam Low Carmen yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan yang rendah dan meminta supaya pasport tertuduh tidak diserahkan kepada mahkamah memandangkan anak guamnya itu perlu ke luar negara bagi atas tugasan rasmi iaitu menguji peluru secara berkala.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 bagi semua pertuduhan dan syarat tambahan perlu melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan semula pada 3 Julai depan bagi serahan dokumen.

Tiada ulasan: