Zuhainy Zulkiffli
bhnews@bh.com.my
Lima belas wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam serbuan di pusat hiburan di Lebuh Farquhar, Georgetown, tengah malam tadi. - NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI
GEORGETOWN: Lima belas wanita warga asing peneman lelaki ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam serbuan di pusat hiburan di Lebuh Farquhar, di sini dalam operasi menjelang tengah malam tadi hingga awal pagi.
Wanita warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun itu. kebanyakannya didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas lawatan kerja sementara.
Mereka juga mempunyai pekerjaan lain, antaranya tukang cuci pejabat, pembantu restoran dan pekerja spa.
Operasi bermula jam 11.15 malam diketuai Ketua Operasi Jabatan Imigresn Pulau Pinang, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Izham Idris.
Pengarah Imigresen negeri, Nur Zulfa Ibrahim, berkata ada antara mereka memberi alasan ke pusat hiburan itu atas jemputan rakan memandangkan cuti umum hari ini atau mahu meraikan hari lahir kenalan kepada rakan.
"Sebenarnya mereka menjadi peneman kepada lelaki yang datang berhibur di situ. Mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1963, antaranya menetap lebih masa, tiada dokumen pengenalan diri dan salah guna pas.
"Kesemua wanita warga asing itu dibawa ke Depoh Imigresen di Juru bagi membantu siasatan lanjut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan