"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Petani temui objek misteri jatuh dari langit

KOSMO
Barry sedang bekerja di kebunnya ketika menemui objek misteri tersebut. - CBC
OTTAWA – Sebuah objek misteri jatuh menjunam dari langit dan mendarat di sebuah ladang kanola di Kanada, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Barry Sawchuk dan anaknya terjumpa bongkah besi berselaput itu, yang berukuran 198.12 sentimeter lebar dan seberat kira-kira 40 kilogram.

Dua beranak itu berada di ladang berhampiran Ituna, sebuah bandar kecil di wilayah Saskatchewan  untuk memulakan proses pembenihan apabila objek misteri itu muncul.

Mereka pada awalnya menyangka bahawa ketulan gentian dan logam hangus misteri itu adalah sampah.

“Pada asalnya, kami hanya fikirkan ia sampah sehingga kami semakin menghampirinya,” kata Barry kepada penyiar tempatan, CBC.

Namun, selepas diperiksa dengan lebih dekat, Barry menyedari bahawa ia adalah sampah angkasa.

Sementara itu, seorang pakar memberi amaran bahawa objek itu mungkin boleh membawa maut apabila ia jatuh dari langit.

Sekumpulan pakar astronomi turut menyiasat asal usul objek misteri tersebut sebelum membuat kesimpulan bahawa kepingan logam yang hangus itu adalah serpihan roket SpaceX milik bilionair terkenal, Elon Musk. – Agensi

Tiada ulasan: