"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jill diberhentikan selepas bekerja selama 68 tahun

KOSMO

Jill Cornick bekerja di kedai kasut Clarks selama 68 tahun - BNPS
LONDON – Seorang wanita yang bekerja di sebuah kedai kasut jenama Clarks selama hampir tujuh dekad dilepaskan selepas diberi notis pemberhentian seminggu sahaja lapor berita Metro UK.

Jill Cornick mula bekerja di kedai kasut Clarks di bandar Dorset, barat daya England pada tahun 1956, ketika baru berumur 14 tahun.

Dia menangguhkan bulan madunya pada tahun 1969 supaya boleh menghadiri kursus dan terus bekerja di kedai sama setiap hari selama 68 tahun.

Jill kadang kala membawa bersama anaknya ketika bekerja selepas bayi berkenaan lahir pada tahun 1975.

Bagaimanapun, perkhidmatannya ditamatkan pada minggu ini. Pihak pengurusan mengumumkan bahawa kedai kasut itu ditutup hari ini.

Pada hari terakhir Jill bekerja, ramai pelanggan datang untuk mengucapkan selamat tinggal dan menghantar bunga serta coklat sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatannya selama bertahun-tahun.

“Saya bermula pada tahun 1956 dan bekerja di kedai yang sama sejak itu. Saya masih sihat dan berharap dapat bekerja untuk tempoh beberapa tahun lagi.

“Namun, sekarang saya akan berehat dan pergi ke pantai dengan lebih kerap. Saya juga akan melakukan kerja amal sahaja,” kata Jill.

Sementara itu, jurucakap Clarks mengucapkan terima kasih kepada semua pekerjanya yang memberi sumbangan serta komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang khususnya kepada Jill yang bekerja  kedai kasut tersebut selama 68 tahun. – AGENSI

Tiada ulasan: