"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru mengaku Imam Mahdi disiasat polis

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat seorang guru mengaku dirinya Imam Mahdi menerusi hantaran di Facebook yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Jerantut, Zukri Muhammad, berkata siasatan awal mendapati wanita 34 tahun itu pernah mendapat rawatan psikiatri di sebuah hospital di Kelantan.

“Kami sedang menjalankan siasatan lanjut, maklumat awal diperolehi bahawa ibu kepada tiga anak itu tinggal berjauhan dengan suaminya yang bertugas di Kuala Lumpur,” katanya menurut Harian Metro.

Wanita dipercayai bertugas di sebuah sekolah rendah di Jerantut itu dalam hantarannya mengalu-alukan orang ramai membuat laporan kepada jabatan agama dan mendakwa dia akan membuktikan dakwaannya.

Tiada ulasan: