FMT Reporters
PETALING JAYA: Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengumumkan tidak akan bertanding PRN Negeri Sembilan, dan memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka.
Perkembangan ini mengambil kira kekangan masa dan sumber, serta isu lain yang terheret sama ke dalam pertembungan di Negeri Sembilan, antaranya konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“Bersama berpendapat adalah lebih strategik agar fokus Bersama beralih kepada PRN yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang,” menurut kenyataan bersama oleh Presiden Syukri Razab, serta Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam pada itu, Bersama mengumumkan persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada hari 21 Julai untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon.
PRN Johor lalu menyaksikan Bersama tewas di semua 15 kerusi yang ditandingi, dan semua calon hilang wang pertaruhan.
Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan