"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kumpulan WhatsApp jadi petunjuk polis kesan 27 suspek rogol remaja

Agensi
POLIS Daerah Sampang menunjukkan perkembangan siasatan kes rogol berkumpulan membabitkan remaja bawah umur yang didakwa dilakukan 27 suspek dalam sidang media. FOTO Kamaluddin / detikJatim
POLIS Daerah Sampang menunjukkan perkembangan siasatan kes rogol berkumpulan membabitkan remaja bawah umur yang didakwa dilakukan 27 suspek dalam sidang media. FOTO Kamaluddin / detikJatim
Sampang: Polis daerah mendedahkan fakta baharu hasil siasatan kes dugaan rogol membabitkan 27 suspek terhadap seorang gadis di Sampang, Pulau Madura di Indonesia , lapor detikJatim.

Ketua Polis Daerah Sampang, AKBP Hartono berkata, siasatan pihaknya mendapati pelaku sempat menubuhkan satu kumpulan WhatsApp yang dipercayai digunakan sebagai medium komunikasi.

Kewujudan kumpulan itu terbongkar hasil pemeriksaan terhadap suspek yang sudah ditahan. Hartono menyatakan kumpulan itu ditubuhkan oleh suspek utama yang berinisial AP.

"Di situlah AP sempat menubuhkan kumpulan (WhatsApp). Ada kumpulannya," katanya ketika ditemu bual bersama detikJatim, pada Isnin.

Bagaimanapun, selepas polis mula menahan suspek, sebahagian besar ahli kumpulan WhatsApp berkenaan bertindak keluar dengan serta-merta.

"Jadi memang ada kumpulannya. Selepas salah seorang pelaku ditahan, mereka keluar daripada kumpulan. Ceritanya begitu," katanya.

Menurut Hartono, kewujudan kumpulan berkenaan menjadi antara petunjuk yang membantu penyiasat mengesan pembabitan pelaku lain sehingga jumlah suspek terus meningkat.

"Selepas lima orang ditahan, kami terus melakukan tangkapan hingga mengesan 12 orang. Kes ini akhirnya berkembang dan berdasarkan pengakuan pelaku, jumlah keseluruhan suspek adalah 27 orang," katanya.

Sebelum ini, tragedi hitam menimpa remaja berusia 15 tahun itu terbongkar selepas pihak keluarga melaporkan kepada Polis Daerah Sampang pada 29 Jun lalu berikutan curiga dengan perubahan drastik rutin harian mangsa.

Berdasarkan siasatan, polis mendedahkan remaja itu menjadi mangsa pemerkosaan 27 lelaki dan perbuatan rogol itu berlaku sebanyak enam kali dalam tempoh antara Februari hingga Jun tahun itu.

"Perbuatan paling tidak berperi kemanusiaan berlaku pada Jun lalu, iaitu antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi yang dilakukan bersama 10 lelaki," katanya.

Tindakan pantas penyiasat berjaya menetapkan 27 suspek, dengan 12 daripadanya ditahan secara berperingkat.

"Selepas kejadian itu, datuk mangsa membuat laporan polis. Keesokan, pasukan Unit Reaksi Pantas (URC) Bahagian Siasatan Jenayah mula bergerak melakukan tangkapan," katanya.
-hmetro

Tiada ulasan: