"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB NS, Aminuddin Harun tanding Linggi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, akan bertanding di DUN Linggi pada PRN akan datang.

Pertaruhan tersebut diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, pada majlis pengumuman calon untuk PRN Negeri Sembilan, malam tadi.

Aminuddin mewakili Sikamat sejak 2008. Majoriti undi yang beliau peroleh pada 2023 sebanyak 2,663 undi, susut daripada 3,413 pada 2018.

Di Linggi, BN mempertahankan pegangannya, menambah majoriti undi daripada 623 undi pada 2018 kepada 1,461 undi pada 2023. Linggi terletak dalam Parlimen Port Dickson, yang diwakili Aminuddin sejak 2022.

Aminuddin adalah menteri besar pada penggal lalu, berkhidmat sejak 2018.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook seperti dijangka akan mempertahankan Chennah, yang diwakilinya sejak 2013.

Majoriti undi yang beliau peroleh pada 2023 sebanyak 2,200 undi, bertambah daripada 1,155 pada 2018.

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan, dipertaruhkan di Jeram Padang, dikatakan mempunyai pengundi India yang ramai.

Pada PRN lalu, BN mempertahankan kerusi itu dengan majoriti senipis 693 undi.

PH akan bertanding di semua 36 kerusi DUN.

Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.

Berikut senarai penuh calon:

N1. Chennah – Loke Siew Fook

N2. Pertang – Umry Abdul Khois

N3. Sungai Lui – Zainal Fikri Abd Kadir

N4. Klawang – Bakri Sawir

N5. Serting – Yaacob Mahmood

N6. Palong – Zahin Zinal Abidin

N7. Jeram Padang – G Manivannan

N8. Bahau – Teo Kok Seong

N9. Lenggeng – Zarinna Abu Zarin

N10. Nilai – J Arul Kumar

N11. Lobak – Chew Seh Yong

N12. Temiang – Ho Weng Wah

N13. Sikamat – Nor Azman Mohamad

N14. Ampangan – Nazri Kassim

N15. Juasseh – Aidil Abdullah

N16. Seri Menanti – Kamarul Arifin Wafa

N17. Senaling – Hanis Alimin

N18. Pilah – Noorzunita Begum Ibrahim

N19. Johol – Zailan Munawar

N20. Labu – Ahmad Faez Abdul Razak

N21. Bukit Kepayang – Nicole Tan

N22. Rahang – Siau Meow Kong

N23. Mambau – Lee Kai Yet

N24. Seremban Jaya – S Mugunthan

N25. Paroi – Ahmad Shahir Shah

N26. Chembong – Danish Nazran Murad

N27. Rantau – Dr Azizul Hakim Mahdi

N28. Kota – Allif Ibrahim

N29. Chuah – Yew Boon Lye

N30. Lukut – Choo Ken Hwa

N31. Bagan Pinang – Nasir Raman

N32. Linggi – Aminuddin Harun

N33. Sri Tanjung – Dr G Rajasekaran

N34. Gemas – Siti Aishah Seman @ Othman

N35. Gemencheh – Abd Latif A Tambi

N36. Repah – S Veerapan

Tiada ulasan: