"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pak Lah Sudah Hilang Kuasa Pada Najib


Sepertimana yang GB pernah katakan sebelum ini walaupun pelan peralihan kuasa hanya akan berlaku hujung bulan ini, tetapi yang nyata, kuasa sudah pun berada di tangan Najib.

Banyak keputusan-keputusan kritikal negra telah ditentukan oleh kabinet yang dipengerusikan oleh Najib. Keputusan menangguhkan kadar tol adalah contoh yang paling nyata.

Maka sebab itu menteri-menteri kabinet sudah mula meninggalkan arahan dan tidak lagi mendengar apa-apa pandangan Pak Lah.

Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein hari ini dengan terang-terang membelakangkan arahan Pak Lah yang meminta supaya isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu tersebut dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.

"Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar," tegasnya.

Tetapi pada hari ini Hishammuddin sebagai Menteri Pelajaran telah mengeluarkan kenyataan bahawa kajian tentang keberkesanan dasar PPSMI tidak akan dipercepatkan, sebaliknya akan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
http://greenboc.blogspot.com/

Tiada ulasan: