"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir Berkempen Untuk Mukhriz Usaha Terakhir Menghalang Khairy

Usaha terakhir Mahathir untuk menghalang Khairy dari memenangi jawatan ketua pemuda umno sekali gus berkempen untuk memastikan kemenangan Mukhriz untuk jawatan tersebut.
-malaysiakini-
Umno perlu menyerahkan kepada perwakilan dalam perhimpunan Agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang.

"Kalau perwakilan pilih juga calon yang terlibat dengan rasuah, sedangkan tribunal telah mengatakan dia terlibat dengan rasuah, kalau pilih juga (calon) itu, maka terpulanglah kepada kepimpinan parti," katanya.

Beliau mengulangi bahawa Umno akan ditolak dalam pilihanraya dan seterusnya luput sekira kepimpinan pucuk pimpinan parti itu dibarisi oleh pemimpin yang mengamalkan rasuah.

"Peluang (terletak) kepada Datuk Seri Najib. Kalau dia pilih orang ini anggota kabinet yang mengamalkan rasuah, saya fikir Umno alan luput dan tidak ada Umno lagi. Dalam pilihanraya ke-13 nanti nanti mereka akan ditolak

"Tidak ada yang lebih salah daripada memilih orang yang terlibat dengan rasuah. Terpulang kepada perwakilan (untuk memilih).

"Kalau perwakilan pilih orang yang terlibat rasuah, yang naik itu adalah orang yang pemimpin yang (mengamalkan) rasuah," katanya.

Politik wang


Beliau berkata demikian selepas memberi ucapan dan amanat dalam Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) di ibu negara pagi tadi - yang berlangsung dua hari menjelang perhimpunan agung Umno.

Perhimpunan itu yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB di Bangsar, dihadiri kira-kira 1,000 orang termasuk perserta sidang kemuncak tersebut.

Majlis ini dianjurkan oleh Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Dr Mahathir juga siapakah yang layak untuk mengisi jawatan naib presiden sepertimana beliau menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.

"Saya ingat Datuk Seri Rais Yatim. Dia patut jadi naib presiden sebab dia saja yang berani hadir dalam program kita hari ini," katanya sambil berseloroh.

Ditanya mengenai keberkesanan Umno mengatasi masalah politik wang, beliau berkata, Lembaga Displin Umno gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ini kerana, katanya, terdapat pemimpin yang didapati bersalah mengikut peruntukan peraturan yang sama tetapi menerima hukuman yang berbeza.

Peluang Mukhriz

Dr Mahathirjuga ditanya mengenai peluang anaknya, Datuk Mukhriz yang bertanding untuk merebuat jawatan ketua Pemuda Umno.

"Saya tak tahu nasib dia. Ada peluang (untuk menang), macam orang lainlah," sambil menambah bahawa beliau sedang menimbang untuk menghadiri perhimpunan agung itu yang akan berlangsung Selasa ini.

Ditanya mengenai cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai penubuhan kerajaan campuran yang mendapatkan reaksi berbeza dalam rakan-rakan Pakatan Rakyat terutama DAP, Mahathir berkata: "Nik Aziz tak setuju. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju.

"Tapi Pakatan Rakyat ini, dia berpakat bukan coalition (gabungan). Orang yang berpakat ada sesuatu yang buruk yang dia nak buat. Sebab itu dia pakatlah," katanya.

Mengulas mengenai Dasar Pengajaran dan Pembelajaran dalam Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Tun Dr Mahathir menjelaskan:

"Saya dah bagi pendapat saya, saya bukan seorang yang tak hargai bahasa bangsa saya. Saya hargai tetapi pelajaran bukan semata-mata untuk bercakap bahasa sendiri. Pelajaran bermakna mengumpul dan menguasai ilmu.

"Kalau ilmu itu terdapat dalam bahasa lain, kita perlu bahasa itu sepertimana orang Arab dahulu apabila memeluk agama Islam mereka disuruh "Iqra", baca. Mereka juga membaca tulisan-tulisan Greek, orang India dan orang-orang lain.

"Dan apabila mereka sudah menguasai ilmu ini, dan mereka menyimpan ilmu ini dalam kutub khazanah mereka, orang-orang Eropah pula belajar bahasa Arab, untuk dapatkan ilmu yang ada pada orang Arab. Kalau orang Eropah nak belajar ilmu orang Arab dalam bahasa Latin, mereka boleh bercakap Latin," katanya. 

Dasar ini telah dimulakan pada tahun 2003, sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Tiada ulasan: