"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Takbir selamatkan anggota parlimen ketika kereta rempuh treler

Zuharman MN 
PASIR PUTEH, 22 Mac (Hrkh) � 
Takbir menyelamatkan anggota parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Husin dan keluarganya daripada mendapat kecederaan parah ketika terbabit dalam kemalangan jalan raya di Merapoh awal pagi Jumaat lalu.

Ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pasir Puteh.

"Saya bersyukur kerana kerana semuanya selamat termasuk pemandu, Mohd Zain Abdullah yang hanya mendapat cedera ringan," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya kejadian itu berlaku begitu pantas apabila tiba-tiba stereng kenderaannya gagal berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan ia sukar dikawal.

Ketika itu pemandu memberitahu sistem stereng pacuan empat rodanya, Toyota Fortuner gagal berfungsi sehingga menyebabkan kenderaan itu menghala ke arah sebuah treler.

"Saya cuba membantunya tetapi gagal mengelak lalu merempuh tayar treler berkenaan menyebabkan kenderaan remuk di bahagian kanan depan.

"Saya sempat bertakbir sebelum merempuh tayar tengah treler itu. Alhamdulillah, Allah melindungi daripada musibah berat terhadap kami.

"Semuanya selamat. Isteri dan empat anak saya juga selamat, cuma Md Zain cedera ringan dan menerima rawatan di unit pesakit luar Hospital Kuala Lipis," katanya.

Menurutnya kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Katanya, beliau bergegas pulang selepas persidangan ditangguhkan kerana perlu berada di Pasir Puteh setiap pagi Jumaat bagi menyampaikan tazkirah.

Sehubungan itu beliau berharap kerajaan pusat menaik taraf jalan raya Kuala Lipis - Gua Musang kerana kawasan terbabit kerap berlaku kemalangan.

"Ia merupakan laluan utama menghubungkan Kelantan � Kuala Lumpur. Keadaan jalannya sempit, gelap serta berbukit dan banyak selekoh," katanya. 

Tiada ulasan: