"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sesiapa Boleh Tanding Dalam PAS. Nizar Dijangka Tanding Naib Presiden

Jawatan dalam PAS boleh ditandingi semua pihak. Itu riaksi Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustapha Ali mengenai siapa yang boleh bertanding tiga jawatan tertinggi parti iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden.

Datuk Mustapha yang juga Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS menjelaskan ketiga-tiga jawatan berkenaan sentiasa terbuka kepada semua pemimpin PAS untuk bertanding. Bagaimana pun seperti pemilihan parti-parti politik yang lain seseorang yang menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan perlu mendapat sokongan padu di kalangan ahli parti dan perlu berlandaskan Islam.

"Kita buka kepada sesiapa saja yang dicalonkan oleh kawasan, jika dia sedia untuk bertanding maka dia akan jadi calon," tegas Mustapha.

Semalam Pesiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau bersedia menghadapi cabaran bagi pertandingan merebut jawatan nombor satu parti pada Muktamar Pas Jun ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Abd Aziz Nik Mat di dalam kenyataan sebelum ini turut menyatakan beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu yang dijangkan akan diadakan di Shah Alam.

Setakat ini jawatan Presiden belum lagi menerima sebarang cabaran, sementara jawatan Timbalan Presiden dijangka berlaku pertandingan diantara penyandang jawatan itu, Ust Nasharuddin Mat Isa dengan Naib Presiden PAS< Datuk Husam Musa.

Bagi jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang baru memenangi pilihanraya kecil Bukit Gantang dijangka akan bertading.

Di dalam Muktamar PAS Kawasan Kelana Jaya baru-baru ini, Izham Hashim mengalahkan pemimpin kawasan itu Roslan Shahir Mohd Shahir (Roslan SMS), yang juga setiausaha akhbar Abdul Hadi dan ketua penerangan PAS negeri.

Dalam mesyuaratnya baru-baru ini, Kelana Jaya mencalonkan Husam sebagai timbalan presiden, Mohamad dan Nizar untuk naib presiden. Ahli parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden.



http://greenboc.blogspot.com/

Tiada ulasan: