"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selayang calon Haron Din sebagai timbalan presiden

SELAYANG : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Selayang hari ini mencalonkan Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan presiden PAS manakala Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Husam Musa dan Nasharudin Mat Isa sebagai naib presiden.


Kesemua mereka menang untuk pencalonan itu selepas menang secara undian dari perwakilan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk presiden tanpa sebarang pertandingan.

Mesyuarat ini juga mengekalkan YDP PAS Kawasan kepada Haji Mohamad Abdul Rahman, Shafei Othman sebagai timbalan dan Mohd Mokhtar Ruzaidi sebagai naib YDP.
http://siasahdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: