"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

N12 Penant : Keputusan Resmi PRK DUN Penanti

Keputusan rasmi calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi iaitu 86.53% dari keseluruhan yang keluar mengundi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (392), Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Majoriti yang diperolehi sebanyak 5,558 undi.
Kesemua calon bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil N12 Penanti hilang wang deposit mereka apabila gagal mendapat sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah undi atau 887 daripada jumlah 7,100 undi.

Ketiga-tiga calon bebas itu kehilangan RM5,000 dan kemungkinan hilang RM3,000 lagi sekiranya tidak membersihkan poster dan bahan kempen dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

Calon bebas yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Nai-Khan Ari memperolehi undi tinggi di dua kawasan iaitu Teluk Wang dan Sungai Lembu

Di Teluk Wang, sebuah kawasan majoriti masyarakat Siam, undi yang beliau perolehi ialah 154 berbanding 180 bagi Mansor Othman, 21 Aminah Abdullah dan 1 Kamarul Ramizu Idris.

Di Sungai Lembu pula yang merupakan kubu kuat Parti Gerakan, Nai Khan memdapat 102 undi sementara Mansor 258, Aminah 2, dan Kamarul Ramizu 2.

Kebanyakan undi bagi Aminah diperolehi daripada kawasan majoriti Melayu termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga memenangi undi pos apabila mendapati 12 undi berbanding Mansor Othman 2, Nai Khan Ari 0 dan Kamarul Ramizu 7.


Tiada ulasan: