"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai MB Kedah didakwa kahwini isteri orang

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta menyiasat kesahihan dakwaan sebuah laman blog kononnya seorang pegawai khasnya berkahwin dengan isteri orang.

Naib Ketua Pemuda Umno Kedah Haris Che Mat memberitahu pemberita hari ini bahawa pergerakan itu mengesan dakwaan berkenaan dalam satu blog baru-baru ini, lapor Bernama.

Katanya walaupun dakwaan laporan itu diperoleh daripada sumber yang boleh diragukan, Pemuda Umno memandang serius isu itu kerana ia melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan.

"Kita merasakan ia bukan sahaja menyalahi hukum syarak dan undang-undang jenayah syariah yang secara tidak langsung membabitkan imej, maruah serta nama baik kerajaan negeri pimpinan PAS.

"Perkara ini tidak patut berlaku, kerana pimpinan Pas memperjuangkan Islam dan menjadikan Islam sebagai landasan politiknya, dan sekiranya benar berlaku, menteri besar perlu bertanggungjawab," kata Haris.

Mengikut laman blog bertarikh 26 Mac lepas, pegawai berkenaan telah bernikah dengan seorang wanita yang masih merupakan isteri orang selepas wanita itu tidak mendapat nafkah selama lapan bulan daripada suaminya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: