"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Sabu mampu buat 'kejutan'

Jimadie Shah Othman
Para penyokong pemimpin popular PAS, Mohamad Sabu percaya naib presiden itu mampu membuat "kejutan" dengan memenangi perebutan sengit jawatan timbalan presiden dalam muktamar parti itu Jumaat ini.

mat sabuKepercayaan mereka itu berdasarkan kepada tinjauan yang dbuat di seluruh negara yang menurut mereka, menunjukkan 43 peratus perwakilan menyokong Mohamad untuk jawatan tersebut.

Tinjauan itu juga, menurut mereka, menunjukkan dua lagi calon jawatan tersebut, termasuk penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, mendapat 38 peratus sokongan manakala seorang naib presiden, Datuk Husam Musa mendapat 19 peratus.

"Sokongan kepada Mohamad telah melonjak - daripada 22 peratus sebelum ini - kepada 43 peratus sehingga hari ini," kata seorang penyokong kuatnya yang tidak namanya disebut.

Menurutnya, Mohamad mendapat sokongan padu dari tiga negeri yang mempunyai perwakilan teramai - Johor, Perak dan Kedah.

Perwakilan Kelantan pula, katanya, memberi sokongan padu kepada Husam manakala Nasharuddin mendapat sokongan kuat dari Terengganu.

Manakala di Selangor pula, sokongan perwakilannya berpecah kepada tiga-tiga calon tersebut.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: