"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ADUN BN mohon maaf pada Husam

ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas kepada naib presiden PAS itu pada 2007.

"Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta
memburukkan keperibadian beliau," kata Nozula dalam notis permohonan maaf itu yang disiarkan dalam akhbar
Berita Harian hari ini.

Nozula dan seorang lagi ADUN BN Kelantan, Muhd Adhan Kechil (Bukit Bunga) telah membuat laporan tersebut terhadap Husam pada akhir November 2007.

Dalam satu kenyataan hari ini, peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam berkata, antara lain laporan mereka adalah mengenai:

bullet buttonLaporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Hussam Musa.

bullet buttonLaporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd

bullet buttonIsu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd.

bullet buttonIsu Kedai Majlis Daerah Machang.

bullet buttonIsu Jamnapari membabitkan dana KPK.

bullet buttonPenyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.

bullet buttonPenyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

bullet buttonLaporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

bullet buttonIsu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Ahmad Shabrimi berkata, tindakan kedua-dua ADUN tersebut antaranya, telah meletakkan Husam dalam kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum dan kehinaan awam.

Berikutan katanya, Husam telah mengarahkam tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua ADUN BN tersebut serta akhbar New Straits Times (M) Berhad.

"Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

"Dengan notis permohonan maaf ini, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas.

"Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami.

"Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," kata Ahmad Shabrimi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: