"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banyak jabatan tiru program 5S di MPKB BRI

Ramli Yamat

KOTA BHARU, 2 Jun (Hrkh) - Keupayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerapkan program 5S dalam amalan pentadbirannya turut menarik minat banyak agensi kerajaan mempelajarinya.

Pada pertandingan Program 5S peringkat Kebangsaan 2008 MPKB-BRI muncul sebagai naib johan.

Sehubungan itu sejak tahun lepas sehingga sekarang, berpuluh-puluh jabatan kerajaan pusat, negeri dan swasta� melawat MPKB-BRI bagi melihat dari dekat program 5S yang dilaksanakan.

Dan baru-baru ini Jabatan Kerja Raya mengunjungi MPKB-BRI yang disertai 54 pegawai kanan diketuai�seorang pegawai kanan di bahagian kualiti, Haji Jamilol Nasir Saad.

Pegawai JKR berkenaan ada yang datang dari Sabah, Serawak, Langkawi dan Johor.

Jamilol berkata, tujuan mereka datang ke MPKB-BRI untuk mempelajari keadah pelaksanaan program berkenaan bagi dipraktikkan di JKR.

Taklimat mengenai amalan 5S disampaikan Pegawai Penyelaras 5S MPKB-BRI, Azizan Mohamed.

Menurutnya pihak berkuasa tempatan itu pada peringkat awal mempelajari daripada Majlis Daerah Bachok mengenai pelaksanaan program 5S.

Rombongan berkenaan juga melawat pejabat JKR di Tanah Merah dan JKR Kelantan.


Tiada ulasan: