"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

STADIUM RUNTUH: PERHATIAN UNTUK SULTAN MIZAN

Stadium yang runtuh di Gong Badak itu perlu dikait dengan Projek Kerajaan Barisan Nasional. Stadium yang dinamakan atas nama Sultan Trengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin sedikit sebanyak telah merosakkan nama Sultan Mizan.

Sehingga kini, dilaporkan Menteri Besar Trengganu dan Menteri Kerja Raya telah lawat untuk menyaksikan kesan runtuhan.

Eloklah rasanya Istana Trengganu atau Istana Negara memanggil Menteri serta pihak yang berkaitan dengan hal ehwal stadium berkenaan. Ini bukan tindakan keterlaluan yang boleh dilakukan oleh pihak Istana, kerana nama Sultan dan istana dikaitkan secara langsung dengan stadium tersebut.

Sultan Mizan seharusnya tidak membiarkan perkara ini sepenuhnya kepada mereka orang politik dan pihak pentadbir yang naik atas nama politik, terutama politik UMNO yang penuh rasuah. Yang mana mereka terutamanya yang terlibat dengan projek stadium berkenaan.

Kita lihat apa yang UMNO akan lakukan kiranya Sultan Mizan berbuat sesuatu ke atas stadium yang menggunakan namanya itu. UMNO mesti kira ia sebagai campur tangan sultan, tetapi dalam hal ini, sultan ada hak kerana nama beliau sedikit tercemar akibat menggunakan namanya itu.
Mulai hari ini, sultan atau pihak istana perlu berhati-hati terutama projek-projek mega yang dikendalikan atas nama Projek Kerajaan Barisan Nasional.

Pihak Istana perlu dimaklumkan terlebih dahulu mengenai status sesuatu projek yang melibatkan nama Sultan atau Raja-raja. Pihak Istana atau Sultan yang berkenaan perlu dimaklumkan secara bertulis, misalnya status CF atau kelulusan tertentu contohnya dari pihak bomba dan sebagainya terhadap bangunan yang ingin dinamakan itu selamat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Ini penting, kerana pembangunan atas nama Projek Kerajaan Barisan Nasional ini sudah banyak kali runtuh, hendak runtuh atau gagal sepenuhnya. Selepas berlaku bencana, barulah keluar bangunan belum dapat CF, bumbung belum dapat CF (bumbung pun kena ada CF rupanya).

Kejadian stadium runtuh ini jelas menunjukkan kepada semua hamba rakyat bahawa, pihak istana tidak mengambil berat akan hal yang disebutkan ini, sebaliknya terima bulat-bulat dari pihak terbabit. Pihak terbabit cuma jual nama Sultan untuk memudahkan kerja mereka.

Alangkah tidak eloknya apabila disebut.........Stadium Sultan Mizan Zainal Adibin runtuh. Nama sultan dituturkan oleh berjuta-juta orang di dunia ini apabila mengaitkan runtuhan stadium tersebut.. Oleh yang demikian Sultan Mizan mempunyai asas untuk berbuat sesuatu.

Kes ini boleh diteladani, Istana lain juga perlu berhati-hati dengan memastikan semuanya mengikut procedur dan undang-undang sebelum memberi kebenaran menggunakan nama Sultan atau Raja-raja.

Lainlah kalau nama itu digunakan ikut suka hati saja tanpa pengetahuan pihak Istana. Jika inilah yang berlaku, alangkah Malaysia yang berperdana menterikan Najib yang yakin pada sistem.

Muramatsu
UK

Tiada ulasan: