"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin Didesak Minta Maaf Perlecehkan Keganasan Terhadap Wanita

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membidas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassan yang menganggap keganasan domestik terhadap wanita adalah "perkara peribadi" semata-mata. Beliau yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata demikian berhubung kenyataan isteri Tengku Temengong Kelantan, Manohara Odelia Pinot yang mendakwa beliau telah, dirogol, diseksa dan didera oleh suaminya. Manohara yang berjaya melarikan diri ke Indonesia kepangkuan keluarganya dengan pertolongan pihak polis Singapura juga mendakwa beliau disuntik dengan dadah hingga menyebabkan muntah darah dan ditoreh badannya dengan pisau. Tony mendesak supaya Muhyiddin memoho maaf serta menarik balik kenyataan beliau disamping melakukan siasatan rapi terhadap semua dakwaan Manohara. Beliau juga mahu Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Senator Shahrizat Abdul Jalil supaya mendidik menteri-menteri kabinet berhubung isu keganasan terhadap wanita dan mengelakkan membuat kenyataan yang boleh memalukan negara.
-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: