"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr. Mansur Kalah Satu Saluran...

Kawe petik dari The Star hari ni deh, Dr. Mansor Othman ni dok mene 32 dari 33 salure...

32 salure mene tok heghe..tok jadi beritolah...tapi hok 1 salure mano tu hok gilo babi bagi mene kot oghe bebah...? Agok2 sapo?

Cheh!! Salure mano lagi kalu dok salure UNDI POH... nak mapoh lah tu...

Tak heghe le kawe sekaghe ni si Zahid nok letok askar wataniah di kesemuo kawase parlimen...

"Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.

Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang."


De..baru2 ni ke...si Hishamudin kato nok tamboh 2.5 juto anggoto rela...

“Ketika ini jumlah anggota Rela di seluruh negara ialah 556,286 dan ia akan ditambah lima kali ganda menjadikannya 2.5 juta anggota dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Dalam keadaan wujud pelbagai isu berunsurkan politik, agama dan kaum ketika ini, maka kita rasakan perlunya satu jambatan bagi menghubungkan kaum iaitu melalui pengukuhan Rela,” katanya pada majlis Menteri Dalam Negeri Bersama Rakyat, anjuran Rela di Padang Taman Sri Lambak, di sini, semalam.


Fahe2 ajolah...inilah senjato demo!! Mapuh keghah kito!!.

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/

Tiada ulasan: