
Upacara nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan 'kematian demokrasi' di Perak dan semua yang hadir memakai baju hitam.
Mereka yang dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan selama tujuh hari pada 19 Mei lalu, diminta datang semula ke ibupejabat balai polis Brickfields hari ini.
Apabila mereka ke sana pada jam 10 pagi ini, pihak polis memaklumkan bahawa mereka tidak akan didakwa.
"Pihak polis memutuskan untuk tidak mendakwa kami, dan kami tidak perlu lagi diikatjamin atau datang lagi (melaporkan diri) pada masa akan depan," kata Teo kepada pemberita.

"Penangkapan tersebut jelas merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis kerana perhimpunan kami tidak mengakibatkan sebarang kerosakan kepada masyarakat," katanya.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan