Abdul Rahim Sabri |
Perbahasan ucapan dasar presiden di muktamar PAS hari ini dihentikan selama sepuluh minit bagi membolehkan satu acara khas mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.![]() Beberapa kali laungan takbir dan bubarkan DUN Perak bergema dari kalangan kira-kira 3,000 perwakilan di Stadium Malawati. Kemelut di Perak tercetus Februari lalu apabila tiga ADUN dari Pakatan Rakyat keluar parti menjadi calon bebas tetapi menyokong BN. Berikutan itu, BN bertindak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dan Datuk Seri Zambry Abd Kadir. ![]() Isu tersebut kemudiannya diseret ke mahkamah untuk menentukan siapakah menteri besar Perak yang sah. Mahkamah Tinggi kemudiannya memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar yang sah. Bagaimanapun, Zambry mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan yang kemudiannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
3,000 Perwakilan Mendesak Bubar DUN Perak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan