"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Blogger Curiga Walaupun Pesuruhjaya Pas WP Selamat Pulang

Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor yang dilapor hilang sejak Khamis lalu, selamat pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 petang semalam tapi keberapa blogger curiga kehilangan itu ada kaitan dengan politik.

Walaupun Mohamad bukan Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tapi kehilangan ahli politik pembangkang di Malaysia, kerap kali berakhir dengan insiden lompat parti terutama kebelakangan ini.

Hal itu merungsingkan beberapa blogger pro-Pakatan Rakyat yang masih segar dengan insiden 'kehilangan' ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu yang berpaling tadah.

Mengikut Malaysia Insider, kepulangan Mohamad selepas beberapa hari kehilangannya disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Saya dimaklumkan beliau sudah pulang ke rumah petang tadi dan beliau selamat. Beliau dikatakan pulang dari kawasan Temerloh, ya, tiada apa-apa masalah...” katanya ringkas.

Mohamad, 52, yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan tidak dapat dikesan sehingga pagi tadi.

Oleh itu laporan polis dibuat pagi ini.

Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.

Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Terdahulu. Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad berkata laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi tadi oleh keluarga mereka.
-tvselangor-

1 ulasan:

Sebal berkata...

salam,

Gue beritau isteri gue, yg PJ WP hilang...lu tau apa isteri gue jawab...secara sepontan..ala..nikah lain kot..eeee