"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Ghani : Mereka Yang Bertaubat Tidak Wajar Diaibkan

Mereka yang telah bertaubat tidak wajar dihukum dan terus diaibkan.

Sebaliknya mereka yang sanggup mengakui kesilapan dan berazam untuk kembali ke jalan yang benar harus diberi sokongan, demikian menurut Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin.

“Sebenarnya adalah satu kesalahan apabila seseorang itu telah mengaku dia telah bertaubat, taubat nasuha tidak mahu lagi melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah, maka perkara itu tidak lagi boleh diungkit-ungkit, diuar-uarkan apatah lagi orang yang mengungkit itu sendir telah pun mengangkat pihak yang berkenaan atau saudara Zaid sebagai menteri pada suatu ketika dahulu” katanya kepada Tv Selangor.

Malah ujar Ghani, tindakan kerajaan UMNO-BN mengaibkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim adalah bermatlamatkan politik semata-mata.

Ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, kerajaan UMNO-BN seolah-olah lupa tentang kredibiliti Zaid ketika beliau diangkat oleh kerajaan sebagai Menteri Undang-Undang.

“Ini menunjukkan bahawa pengaiban yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk matlamat politik yang sempit, yang tidak berasaskan akhlak dan moral Islam" katanya lagi.

Sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, Zaid sewajarnya diberi peluang untuk memberikan khidmatnya.

Selain sanggup melepaskan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana kecewa dengan tindakan kerajaan mengenakan tahanan ISA ke atas tiga rakyat Malaysia yang disifatkannya sebagai menyalahi undang-undang, beliau juga merupakan seorang pemimpin dermawan dan berhati mulia.

Zaid merupakan pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) yang beroperasi sejak 1998.

Menyifatkan Zaid sebagai seorang pemimpin yang telus dan berani mengakui kesilapan lampau, Ghani turut membidas tindakan sesetengah pimpinan UMNO yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain tanpa mencermin diri sendiri terlebih dahulu.

“Oleh kerana sifat mereka tidak iltizam dengan Islam, hanya dengan mendakwa mereka orang Islam tetapi tidak mahu iltizam dengan Islam, bahkan tidak mahu mengikut perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan mereka masih lagi dalam kepompong asabiah, faham kemelayuan, yang sangat ekstrem dan sangat tidak adil. Orang seperti ini apa sahaja yang terlintas di hati mereka, mereka akan lakukan”.
-tvselangor-

Tiada ulasan: