Herman Samsudeen
Saya setuju dengan YB Salahuddin, bahawa adalah tidak wajar program perkauman “Melayu bangkit” yang dianjurkan pada 13 Mei nanti diadakan.
Umno menutup mata berkenaan hal ini dan secara senyap menghantar ahli mereka untuk menyokong Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) sebagai memberikan tekanan kepada kaum lain khususnya kaum Cina yang kini semakin jauh dari BN.
Umno selamanya tidak akan mengaku mereka terlibat tetapi ahli-ahli mereka berkeliaran dalam pelbagai program yang dibuat atas nama Melayu.
Semangat 1 Malaysia hanyalah satu dongengan kerana Umno begitu ultra Melayu dan parti MIC, MCA dan lain-lain komponen hanyalah kuda tungangan mereka untuk terus berkuasa.
Kisah dan perihal, 13 Mei diulang tayang setiap tahun untuk membangkitkan kebencian orang melayu kepada bukan Melayu.
Dalam masa yang sama Umno menghalakan serangan ’13 Mei’ terus kepada DAP yang hingga ke hari ini dicop sebagai cauvinis Cina.
PAS dan PKR pula dituduh sebagai pengkhianat Melayu, walhal dari zaman kemerdekaan Umnolah yang mengkhianati orang Melayu dengan menjual begitu banyak tanah rizab.
Selepas 41 tahun berlalu 13, Mei seharusnya tinggal menjadi sejarah bukannya menjadi barah kepada sistem masyarakat moden Malaysia.
Pemikiran yang kacau bilau dan ultra perkauman seharusnya dihapuskan dengan digantikan dengan perasaan hormat dan bertolak ansur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan