"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibrahim Ali saran mansuh kekebalan MP

Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya kekebalan ahli parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain.

Beliau yang juga pengerusi NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat gesaan tersebut setelah dituduh oleh ahli parlimen pembangkang Saifuddin Nasution (Machang) sebagai memiliki saham dalam syarikat judi.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.

Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau telah menghantar surat peguam kepada Saifuddin kelmarin supaya menarik balik tuduhan yang dibuat dalam parlimen tersebut atau bakal menghadapi tindakan saman di mahkamah.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: